Ahad, 1 April 2012

Identiti Charlie Chaplin Dipersoal

Pelik tapi Benar - LONDON – Apabila seorang pelakon komedi genius era 1920-an hingga 1940-an mencetuskan fenomena di seluruh dunia, ia menjadi satu kebanggaan kepada Britain.


Tetapi, kini identiti sebenar Charlie Chaplin @ Israel Thornstein mula dipersoalkan selepas perisik negara itu, M15 gagal membongkar maklumat peribadinya termasuk nama sebenar dan juga negara asal kelahirannya.

Teka-teki mula timbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mempersoalkan latar belakang pelakon mimik era filem bisu hitam putih itu yang meninggalkan negara itu pada 1952 selepas disyaki terlibat dengan rangkaian komunis.



Menurut beberapa dokumen awal, Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 di East Street, Walworth tetapi menerusi penemuan sijil kelahirannya di Somerset House di London, M15 merumuskan bahawa dia mungkin bukan berasal dari Britain kerana nama pada dokumen tersebut juga tidak sama seperti yang diketahui umum.

Hasil siasatan perisik M15 juga gagal mengesan tempat kelahiran sebenar Chaplin tetapi maklumat yang didedahkan oleh Arkib Kebangsaan menunjukkan pelakon yang meninggal dunia pada 1977 itu mungkin berasal dari Rusia kerana dia pernah menyatakan ‘mahu kembali semula ke Moscow’.

Majalah Terkecil Bernilai RM2.48 Juta Dipamerkan

Pelik tapi Benar - Manuskrip majalah Young Men’s edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits, Paris.


Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters. Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. – Agensi

Bayi Dilahirkan Dengan Berat 7 Kilogram Catat Rekod Di China

Pelik tapi Benar -  BEIJING: Seorang wanita melahirkan anak luar biasa dengan berat lebih dua kali ganda berbanding bayi normal. Bayi yang diberi nama Chun Chun itu didakwa seberat 7.04 kilogram apabila dia lahir di wilayah Henan pada Sabtu lalu. Media semalam melaporkan, dengan keadaan itu Chun Chun mencatat rekod sebagai bayi paling berat di China buat masa ini.


Oliver – Bayi Dilahirkan Tanpa Darah

Pelik tapi Benar - Pelik tapi benar! Seorang bayi di United Kindom dilahirkan tanpa darah dan berada dalam kondisi tidak bernyawa hampir 25 minit selepas dilahirkan. Bagaimanapun, bayi yang diberi nama Oliver itu dapat diselamatkan apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.



    MAIDSTONE – Kuasa Allah.

    Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain.

    Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

    Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.

    Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

    Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

    “Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

    “Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

    “Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

    Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik.

    Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

    Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone.

    Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

    Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak.

    Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal.

    Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

    Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | ewa network review